Digitisasi kandungan lama Projek_ensiklopedia_internet

Satu bahagian penting dalam aktiviti ini ialah digitisasi ensiklopedia cetakan lama. Pada Januari 1995, Projek Gutenberg mulai menerbit teks ASCII bagi Encyclopædia Britannica, edisi ke-11 (1911), tetapi ketidaksetujuan tentang caranya menghentikan kerja ini selepas jild pertama. Atas alasan tanda perdagangan, ini telah pun diterbit sebagai Ensiklopedia Gutenberg. Pada tahun 2002, teks ASCII kesemua 28 jilid diterbit pada http://1911encyclopedia.org/ oleh punca yang lain; satu tuntutan hakcipta ditambah pada bahan-bahan itu, tetapi mungkin tidak sah. Projek Gutenberg telah memulakan semula usaha mendigitkan dan membaca bukti terhadap ensiklopedia ini; pada Jun 2005 ensiklopedia ini belum diterbit. Pada masa yang sama, apabila menghadapi pesaing seperti Encarta, Britannica yang terkini didigitalkan oleh penerbitnya, dan dijual sebagai CD-ROM dan selepas itu sebagai perkhidmatan atas talian. Projek digitisasi yang lain dijalankan pada tajuk yang lain. Salah satu contohnya ialah Easton's Bible Dictionary (1897) oleh Christian Classics Ethereal Library.